Tuan/puan,

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

 

Adalah dimaklumkan perihal bagi Arahan Pembayaran untuk Elaun Khas Covid-19 diseragamkan berkuatkuasa serta-merta.

PTJ dikehendaki untuk membuat catatan Elaun Khas Covid-19 diikuti oleh bulan pembayaran seperti contoh berikut:

 

          Contoh : Bayaran Elaun Khas Covid-19 bagi bulan Mei 2020 lebih 15 hari

 

Catatan yang perlu dibuat di medan perihal arahan pembayaran adalah seperti berikut:

 

          Perihal : Elaun Khas Covid-19 5/2020 (lebih/kurang 15 hari)

 

Perkataan COVID hendaklah dieja dengan betul dan wajib ditulis sebelum bulan pembayaran memandangkan terdapat had pada           
aksara  perihal arahan pembayaran.

 

Kerjasama dan perhatian tuan/puan amat kami hargai.

 

Sekian, terima kasih.

 

JANM Cawangan Keningau

image