Tuan/ Puan,


PERINGATAN PENGGANTIAN DEPOSIT PINDAHAN DANA ELEKTRONIK TERBATAL (EFT) / DEPOSIT PELARASAN CEK TERBATAL BAGI TAHUN 2017 DAN SEBELUM


Dimaklumkan  bahawa, sehingga tarikh ini pihak kami masih belum menerima permohonan penggantian EFT/Cek Terbatal bagi urusniaga seperti di Lampiran A bagi tempoh sehingga 31 MAC 2020. Bagi memastikan pembayaran dapat disampaikan kepada penerima, mohon kerjasama pihak tuan/ puan untuk memproses permohonan gantian berdasarkan garis panduan dan tatacara berikut:

Bil

Perihal

2.1

Senarai semak di Lampiran F: Garis Panduan Tatacara Pengurusan Pindahan Dana Elektronik Ditolak dan Cek Terbatal Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 7 Tahun 2018.

2.2​

MPK-AP 15 Proses Arahan Pembayaran Tanpa Pesanan Kerajaan Bagi Pembatalan Dan Penggantian EFT

2.3

MPK-AP 17 Proses Arahan Pembayaran Tanpa Pesanan Kerajaan Bagi Pembatan Dan Penggantian Cek Terbatal


Permohonan gantian hendaklah dikemukakan ke pejabat ini berserta dokumen yang lengkap selepas berakhirnya Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang berkuatkuasa. Sila abaikan notis ini jika tindakan penggantian/pelarasan EFT/Cek Terbatal telah diambil.


Sekian, terima kasih.


Unit Akaun
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Negeri Sabah

image