Tuan/ Puan,

PERINGATAN MESRA PENGGANTIAN CEK TAK LAKU BAGI BULAN APRIL 2020

Dimaklumkan bahawa berdasarkan semakan pihak kami mendapati adanya kutian yang melibatkan cek tak laku yang masih belum dibuat penggantian sehingga tarikh surat ini dikeluarkan. Senarai cek tersebut adalah seperti di Lampiran A. Justeru itu, pihak tuan/ puan hendaklah mengambil tindakan untuk mendapatkan cek gantian dan seterusnya memperakaunkan semula kutipan cek tersebut selaras dengan panduan di Lampiran E1- Tatacara Penggantian Cek Tak Laku, Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 3 Tahun 2019.

Sekiranya cek gantian telah diperolehi dan telah diperakaunkan semula, mohon kerjasama pihak tuan/ puan untuk mengemukakan sesalinan resit dan penyata pemungut bagi transaksi gantian tersebut untuk semakan dan tindakan lanjut pihak kami. Sila emelkan salinan tersebut dan sebarang pertanyaan berhubung perkara ini kepada Puan Anita Pengiran di alamat Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.. 


NORLILAH BINTI MOSTEM
C.A(M)
Penolong Pengarah Kanan WA44
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Negeri Sabah

Tel : 088-324843 Faks : 088-242663

image