PENYERAGAMAN PERIHAL ARAHAN PEMBAYARAN BAGI PERBELANJAAN DAN PEROLEHAN DARURAT DI BAWAH ARAHAN PERBENDAHARAAN (AP) 55 / (AP) 173.2

Tuan/ Puan,

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan perihal bagi Arahan Pembayaran untuk Perolehan Darurat dibawah Arahan Perbendaharaan (AP)55/ AP173.2 perlu diseragamkan bagi membolehkan maklumat tersebut dimasukkan dalam skrip Audit Command Language untuk tujuan Naziran Pematuhan Akruan dan memudahkan pemilihan sampel naziran.

3. Sehubungan dengan itu, format perihal bayaran Arahan Pembayaran bagi Perolehan Darurat adalah seperti berikut:
PTJ dikehendakai untuk membuat catatan nombor invois, tarikh invois, tahun invois dikeluarkan dan diikuti perkataan DARURAT selepas catatan maklumat tersebut.
Contoh :
Bayaran INV123 bertarikh 30/04/2020 bagi perolehan darurat membekal peralatan Personal Protective Equipment (PPE). Catatan yang perlu dibuat adalah seperti berikut :-
Perihal : INV123/ 30042020 DARURAT : Perolehan PPE

Nota :
Perkataan DARURAT wajib di tulis selepas maklumat invois pembekal memandangkan bilangan aksara pada perihal arahan pembayaran adalah terhad.

4. Arahan ini berkuatkuasa serta merta berpandukan arahan melalui rujukan emel : BPOPP/ SPO(Emel)/2020/(109) bertarikh 20 Mei 2020. Arahan Pembayaran akan dikuiri sekiranya tidak mematuhi arahan ini.

Sekian, terima kasih.

JANM Negeri Sabah
21 Mei 2020
(telah dimaklumkan melalui Group Whatsapp pada 21 Mei 2020)
image