Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
 
Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Perlis (JANM Perlis) telah melaksanakan secara sepenuhnya  arahan bekerja dari rumah  dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari 18 hb Mac 2020 hingga 14 April 2020.
 
2.    Susulan daripada itu, sebarang urusan/permohonan/surat menyurat yang penting perlu diemailkan kepada Pengarah JANM PERLIS. (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.).
 
3.    Laporan-laporan seperti Sijil Pengesahan Baki Vot, Laporan Pukal dan lain -lain laporan yang  perlu di hantar ke JANM Perlis hendaklah dihantar selepas tamat tempoh PKP.
 
 
 Sekian, terima kasih.
image