Makluman kepada semua Pusat Tanggungjawab (PTJ)

PEMBAYARAN BKK PRIHATIN 2020

Seperti yang tuan/puan sedia maklum, pembayaran BKK Prihatin sebanyak RM500.00 seorang bagi semua penjawat awam di gred 56 dan ke bawah akan dibayar pada 23hb April 2020. Bagi tujuan ini, JANMPP akan menggunakan maklumat pegawai yang berada dalam Sistem Payroll Bulan Mac 2020.

 

2.   Justeru itu, tuan/puan diminta untuk menyemak Payroll Master Listing Bulan Mac 2020 bagi PTJ masing-masing dan memaklumkan kepada jabatan ini mana-mana pegawai yang TIDAK LAYAK melalui Lampiran A (excel) yang disertakan ke alamat emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

 

3.  Lampiran ini hendaklah diemelkan sebelum atau  pada 1hb April 2020 untuk tindakan selanjutnya. Maklumat yang diterima SELEPAS tarikh yang ditetapkan tidak akan diambilkira dan tuan/puan adalah BERTANGGUNG JAWAB untuk membuat kutipan balik amaun yang tidak layak diterima oleh pegawai.

 

4.  Lampiran yang disahkan oleh ketua jabatan atau pegawai yang bertanggungjawab secara hard copy boleh dikemukakan selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini berakhir.

5.  Perhatian dan kerjasama pihak tuan/puan amat diharapkan bagi memastikan proses pembayaran BKK Prihatin 2020 ini dapat berjalan lancar.

Download di sini file untuk dapatkan lampiran.

Sekian, terima kasih.

 

Pengarah

Jabatan Akauntan Negara Malaysia

Negeri Pulau Pinang

30 Mac 2020​

image