Surat daripada Bahagian Pengurusan Audit Dalam (BPAD) rujukan JANM.BPAD.600-18/1/1 (25) bertarikh 28 Februari 2020, Akauntan Negara Malaysia telah memutuskan mulai 1 April 2020 tanggungjawab untuk meluluskan permohonan pemusnahan rekod kewangan dan perakaunan serta tugas lain berkaitan dengan pengurusan dokumen kewangan dan perakaunan PTJ dan Badan Berkanun adalah di bawah tanggungjawab pejabat perakaunan masing-masing.

Oleh yang demikian, semua PTJ dan Badan Berkanun di negeri Kedah perlu mengemukakan permohonan pemusnahan dokumen kewangan dan perakaunan ke Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Kedah.

Perkara-perkara yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut:

a. Surat iringan
b. Salinan surat kelulusan pemusnahan dokumen kewangan dan perakaunan daripada Jabatan Arkib Negara
c. Salinan surat kelulusan pemusnahan dokumen kewangan dan perakaunan daripada Jabatan Audit Negara
d. Borang 4 (Kewangan-Arkib 4/08) yang lengkap


Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkaitan permohonan pemusnahan dokumen kewangan dan perakaunan, PTJ dan Badan Berkanun boleh menghubungi Puan Murshida Binti Che Rus di talian 04-7001035 dan Puan Nistha A/P Akun di talian 04-7001051.

SURAT MAKLUMAN



custom_html