Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Tuan/Puan,

 

Pihak JANM Tawau sedang dalam proses melaksanakan MEGA HOUSEKEEPING PENGGUNA iGFMAS SIRI 2 2018. Tujuan housekeeping ini dilaksanakan adalah bagi mengumpul ID Pengguna iGFMAS yang tidak aktif di sistem iGFMAS. Berikut adalah kriteria pengumpulan data :-

 

    a)       Pengguna tidak pernah login ke mana-mana sistem iGFMAS dalam tempoh 90 hari sebelum 21 Disember 2018.

    b)       Pengguna tidak aktif menggunakan sistem iGFMAS dalam tempoh 180 hari sebelum 21 Disember 2018.

 

Pengguna yang didapati tidak aktif atau tidak menggunakan sistem iGFMAS dalam tempoh tersebut akan dihantar kepada Pihak Ibu Pejabat bagi tujuan Hapus ID. 

 

Oleh itu, sila log in sistem iGFMAS sekiranya tuan/puan masih menggunakan ID iGFMAS tuan/puan. 

 

 

 

Sekian, terima kasih.

image