Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Dimaklumkan Pihak JANM dalam proses melaksanakan Penyenggaraan Mega ID Pengguna iGFMAS. Tujuan utama penyenggaraan ini adalah bagi memastikan hanya pengguna yang aktif sahaja akan menggunakan sistem iGFMAS.

 

Kriteria penetapan penyenggaraan adalah seperti berikut :-

1.  Pengguna yang tidak login di mana-mana sistem selepas tiga (3) bulan ID diwujudkan akan dihapuskan tanpa notis pemberitahuan pada pengguna. 

2. Pengguna yang tidak aktif di mana-mana sistem selama 180 hari atau enam (6) bulan berturut-turut akan dihapuskan selepas mendapat pengesahan pegawai bertanggungjawab daripada PTJ.

 

Sekian, terima kasih.

image