Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,

 

YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan,

 

Pencalonan bagi mengikuti Program Pembangunan Eksekutif di National Human Resources Development Institute (NHI), Republik Korea tahun 2020

 Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam telah mempelawa warga Jabatan Akauntan Negara Malaysia yang berkelayakan bagi mengikuti Program Pembangunan Eksekutif di National Human Resources Development Institute (NHI), Republic Korea Tahun 2020. Program ini terbahagi kepada tiga (3) peringkat pelaksanaan dengan kumpulan sasaran tertentu seperti berikut:

Bil. Program Tarikh Pelaksanaan
1. Program EDP untuk kumpulan Pelaksana (Gred 29-40) 22 Jun hingga 4 Julai 2020
2. Program EDP untuk kumpulan Junior (Gred 41-44) 6 hingga 17 April 2020
3. Program EDP untuk kumpulan Senior (Gred 48-56) 26 Oktober hingga 6 November 2020

 

Sehubungan itu, YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan yang berkelayakan adalah dipelawa membuat permohonan. Semua permohonan akan disaring oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) JANM. Permohonan yang lengkap hendaklah dibuat dalam 1 SALINAN dan dikemukakan bersama-sama salinan asal kepada Unit Pembangunan Kerjaya dan Kompetensi, BPPP, JANM sebelum atau pada 30  Januari  2020 (KHAMIS) .

Sebarang pertanyaan sila hubungi pegawai seperti berikut:

Cik Ain Nadhirah Binti Jamal Afandi
Tel: 03-8882 1030/ emel: ain.jamal[@]anm[dot]gov[dot]my

Sila klik disiniuntuk surat edaran dan tatacara permohonan.

Sekian, Terima Kasih.

image