Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

 

YBhg. Datuk/YBhg. Dato’/YBrs. Dr./Tuan/Puan,

 

Dengan segala hormatnya merujuk kepada surat jabatan ini rujukan JANM.BPPP.500-6/1/4 (16) bertarikh 09 Januari 2020 mengenai perkara di atas.


2. Dimaklumkan bahawa Jabatan ini selaku Ketua Perkhidmatan Pegawai Perakaunan telah mengatur kursus jangka pendek berkaitan dengan kompetensi Pembantu Akauntan ke arah peningkatan kemajuan kerjaya seperti yang telah digariskan di dalam Pelan Latihan Operasi (Training Roadmap) Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).

 

3. Sehubungan itu, pegawai lantikan JANM di bawah seliaan YBhg. Datuk/YBhg. Dato’/YBrs. Dr./Tuan/Puan seperti di Lampiran A telah dicalon untuk menghadiri kursus seperti berikut:

Tajuk kursus : iGFMAS - Pengurusan Gaji (Emolumen) Zon Timur (Pahang)
Tarikh kursus : 25 hingga 27 Februari 2020 (Selasa - Khamis)
Tempat kursus :
Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Pahang,
Bilik Latihan, Wisma Persekutuan,
Jalan Gambut,
25000 Kuantan, Pahang.

 

4. Semua pegawai yang tercalon wajib untuk menghadiri kursus sepenuh masa. Kegagalan mengikuti Kursus Pelan Latihan Operasi ini boleh menjejaskan peluang kenaikan pangkat pegawai kerana tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan. Para pegawai yang tercalon perlu membuat pengesahan kehadiran sebelum 7 Februari 2020 melalui capaian laman sesawang berikut:

 

Klik di sini untuk pendaftaran

 

Klik di sini untuk muat turun Surat Siaran

 

Klik di sini untuk muat turun Surat Siaran Pembatalan

image