Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

 

YBhg. Datuk/YBhg. Dato’/YBrs. Dr./Tuan/Puan,

 

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara diatas dan surat kami rujukan JANM.BPPP.500.6/1/4(17) bertarikh 23 Januari 2020 adalah berkaitan.


2. Dimaklumkan bahawa Pelan Operasi Latihan (Training Roadmap) Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Pembantu Akauntan bagi tajuk Kursus iGFMAS – Pengurusan Gaji (Emolumen) Zon Pahang adalah dibatalkan. Pegawai yang telah dicalonkan untuk mengikuti kursus tersebut akan ditawarkan mengikuti kursus Pelan Operasi Latihan lain yang akan dimaklumkan kemudian.

          
3. Jabatan ini memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi oleh pihak YBhg. Datuk/YBhg. Dato’/YBrs. Dr./Tuan/Puan berhubung pembatalan ini.


Klik di sini untuk muat turun Surat Siaran

image