Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam telah mempelawa pegawai-pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) untuk memohon kemudahan penajaan Biasiswa Yang di Pertuan Agong (BYDPA) bagi pengajian Sarjana dan Ph.D di dalam dan luar negara.

 

Warga JANM dan Akauntan Lantikan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) yang berkelayakan adalah dipelawa memohon kemudahan ini. Semua Akauntan lantikan (JANM) yang memohon akan disaring oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) JANM, selaku Ketua Perkhidmatan. Semua permohonan yang lengkap hendaklah dibuat dalam 1 salinan untuk borang permohonan dan Kertas Cadangan Pengajian (Research Proposal) perlu dikemukakan kepada Unit Pembangunan Kerjaya dan Kompetensi, BPPP, JANM sebelum atau pada 2 Mac 2020 (Isnin).

 

 

Syarat-syarat permohonan dan panduan permohonan BYDPA Sesi Pengajian 2020/2021 boleh diperolehi dengan melayari portal http://esilav2.jpa.gov.my

 

 

Sebarang pertanyaan lain boleh menghubungi pegawai seperti berikut:

Cik Ain Nadhirah binti Jamal Afandi  
Tel: 03-8882 1030 /
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..my

image