Semua Akauntan
Bahagian/Negeri/Cawangan
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Kementerian/Jabatan/Agensi/Badan Berkanun

YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam telah mempelawa YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan untuk mengemukakan pencalonan daripada kalangan pegawai Pengurusan dan Profesional yang bekelayakan untuk memohon kemudahan penajaan Hadiah Latihan Persekutuan Sesi 2021. Warga JANM dan Akauntan Lantikan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon.

 

Semua permohonan hendaklah dikemukakan kepada Unit Pembangunan Kerjaya dan Kompetensi, BPPP, JANM sebelum atau pada 9 Mac 2020 (Isnin) dengan mengemukakan dokumen berikut:

1. Surat iringan daripada Bahagian/ Jabatan

   - Pemohon perlu menyatakan status keahlian badan iktisas perakaunan

2. TIGA(3) set dokumen permohonan

   - Semua salinan sijil hendaklah disahkan

 

Semua permohonan akan disaring oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) JANM selaku Ketua Perkhidmatan. Keutamaan perakuan penajaan HLP diberikan kepada calon yang memohon untuk mengikuti program berkembar (Twinning programme) yang menawarkan sijil profesional perakaunan dan kepada calon yang telah mempunya sijil professional perakaunan yang diperakui JANM.

 

Sebarang pertanyaan sila hubungi pegawai seperti berikut: 

Puan Fauziah binti Abdullah Tel: 03-88821188/ emel: fauziah_abdullah[@]anm.gov.my
Cik Ain Nadhirah binti Jamal Afandi Tel: 03-8882 1030/ emel: ain.jamal[@]anm.gov.my
dan layari laman web JPA https://esilav2.jpa.gov.my/ bagi memuat turun surat edaran, borang permohonan serta panduan dan syarat permohonan.

Sila klik disini untuk surat edaran

Sekian, terima kasih.

image