Dukacita dimaklumkan bahawa Program IPN Leadership Series 1/2020 : "Leadership & Responsibilities" yang telah dijadualkan pada 18 Mac 2020 bertempat di IPNCPD, Cyberjaya terpaksa ditangguhkan sehingga tempoh yang akan dimaklumkan kelak untuk mengelakkan risiko penularan wabak COVID-19.

 

IPNCPD ingin mengucapkan terima kasih di atas kesungguhan YBhg. Datuk/Datin/Tuan/Puan untuk menyertai program ini. Pihak kami akur dengan keadaan semasa dan memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku. Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, YBhg. Datuk/Datin/Tuan/Puan boleh berhubung terus

 

Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, YBhg. Datuk/Datin/Tuan/Puan boleh berhubung terus dengan pegawai kami Cik Suhailah Sadaka Dullah di talian 03-8324 4410.

 

Perhatian dan kerjasama YBhg. Datuk/Datin/Tuan/Puan berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

image