Dimaklumkan bahawa perkhidmatan kaunter Wang Tak Dituntut (WTD) JANM Selangor akan dihentikan sementara bermula pada 17 Mac 2020 sebagai langkah pencegahan penularan jangkitan COVID-19 sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

 

Sebagai alternatif, orang ramai dinasihatkan untuk menggunakan perkhidmatan semakan WTD secara atas talian di alamat https://egumis.anm.gov.my

 

Manakala untuk membuat tuntutan WTD, orang ramai boleh mengemukakan borang tuntutan yang telah lengkap secara pos ke ibu pejabat di alamat berikut:

 

Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut

Jabatan Akauntan Negara Malaysia

Tingkat 42, Menara Maybank

100, Jalan Tun Perak

50050 Kuala Lumpur.

 

Sebarang pertanyaan orang ramai boleh menghubungi kami di talian 03-2056 8052 / 8053 / 8054 atau emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Sekian, terima kasih. 

17/3/2020

image