Lawatan Pelupusan Aset

Pengarah JANM Negeri Cik Sarawak Noor Aida Binti Musa dan En. Philipsen Jeff Ak Talot Penolong Pegawai teknologi Maklumat F32 telah melakukan lawatan pelupusan Aset di JANM Cawangan Bintulu pada 26 Februari 2013

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bahagian Bintulu 1434H/2013M

Jabatan Akauntan Negara Malaysia Cawangan telah menyertai Program Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bahagian Bintulu 1434H/2013M di Bintulu pada 24 Januari 2013. Kontijen JANM Cawangan Bintulu turut disertai oleh Pengarah Cawangan, kakitangan beragama Islam dan ahli-ahli keluarga serta kakitangan dari jabatan yang lain. Tema perayaan iaitu “ WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH” disertai beberapa kategori iaitu, Jabatan Agensi Kerajaan/Badan Berkanun, Firma Swasta/Institusi Kewangan, Masjid/Surau, Persatuan/Kelab/Pertubuhan, Institut Pengajian Tinggi/Sekolah Menengah dan Sekolah Kebangsaan. Bagi kategori Jabatan Agensi Kerajaan/Badan Berkanun, tempat pertama perarakan telah dimenangi oleh Pejabat Pelajaran Daerah Tatau, Tempat Kedua Jabatan Kerja Raya Bintulu dan Tempat Ketiga dimenangi oleh Lembaga Kemajuan Bintulu. Residen Bahagian Bintulu YBhg. Tuan Haji Muhamad Yakup Bin Kari, merangkap Pengerusi JTAIB Bintulu dan JK Induk Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bahagian Bintulu Tahun 1434H/2013M telah menyampaikan ucapan alu-aluan disusuli oleh amanat Maulidur Rasul telah disampaikan oleh YB Datuk Haji Talib Bin Zulpilip, Menteri Muda Pelancongan Sarawak merangkap ADUN N.58 Jepak. Antara aktiviti yang berlangsung selain dari aktiviti perarakan ialah, Bacaan Doa oleh Ustaz Khalidi Bin Haji Mohd. Idris, JAIS Bintulu, Bacaan Ayat-ayat Suci Al-Quran oleh Awgku Omar Asfuaddin Bin Pg. Hamdan, JAIS Bintulu, Ceramah khas Maulidur Rasul, Persembahan Nasyid dan Penyampaian Anugerah Pelajar-pelajar Mithali (UPSR, PMR)

Taklimat Penutupan Akaun 2012

Unit Naziran & Perundingan, Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Cawangan Bintulu, telah mengadakan Taklimat Penutupan Akaun 2012 bertempat di Auditorium Perpustakaan BDA pada 13 Disember 2012. Taklimat penutupan tersebut telah dirasmikan oleh Pengarah Cawangan JANM Cawangan Bintulu dan disampaikan oleh En Abg Abd Mohd Rizal Bin Abg Junaidi. Pada majlis tersebut juga, sesi soal jawab / perjumpaan bersama PTJ turut diadakan dimana ahli panel terdiri daripada Pengarah Cawangan Cik Nur Asyikin Binti Azis, Ketua Unit Bayaran Cik Josephine Ukal, Ketua Unit Gaji En Jimmy Ak Gerunsin dan Ketua Unit Akaun En Abg Abd Mohd Rizal Bin Abg Junaidi. Majlis penutupan diakhiri dengan penganugerahan PTJ terbaik dimana Pejabat Pelajaran Bahagian Bintulu memenangi kategori PTJ Besar dan Pejabat Pergigian Bahagian Bintulu memenangi PTJ bagi katagori kecil.

Bengkel eTerimaan

Unit Naziran & Perundingan, Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Cawangan Bintulu telah mengadakan Bengkel eTerimaan bagi Penyedia/Peraku 1 dan Pentadbir Sistem dari 10 sehingga 12 Disember 2012. Ceramah telah disampaikan oleh En Abg Abd Mohd Rizal Bin Abg Junaidi dari Unit Akaun, JANM Cawangan Bintulu. Bengkel telah dihadiri oleh Ketua-ketua Jabatan dan staf sokongan dari pelbagai PTJ eTerimaan.

Hari Inovasi & Integriti 2012

Pada 2 Disember 2012, seramai 10 orang kakitangan pejabat ini termasuk Pengarah Cawangan telah menghadiri Hari Inovasi & Integriti anjuran Jabatan Akauntan Negara Malaysia Cawangan Sri Aman bertempat di Hotel Hilton Kuching, Sarawak. Pada Majlis tersebut, Dato’ Rosini bt Abd Samad, Timbalan Akauntan Negara (Korporat) telah menyampaikan penghargaan kepada Pn Adzween Fitry Bt. Mohamad Mayling di atas pengiktirafan  "5S Ownership & Teamwork" dimana sudut 5S yang terlibat ialah ruangan Zon kenyalang. Cik Hasinawati Binti Hasmat diberi pengiktirafan sebagai Pekerja Inovatif & Kreatif manakala En Abg Abd Mohd Rizal Bin Abg Junaidi telah mendapat aungerah sebagai Pekerja Contoh 2012.

image