Ikuti Kami: | ![]() ![]() ![]() | ![]() | Bantuan Pengguna |
Dari 10 Jun 2020 hingga 23 Jun 2020, Jawatankuasa Pelaksana EKSA DIY Jabatan Akauntan Negara Malaysia Cawangan Kapit telah mengadakan aktiviti sukan larian maya buat pertama kalinya di mana ia melibatkan penyertaan dari orang awam yang berminat dan ingin menyahut cabaran untuk menyempurnakan larian dalam tempoh yang ditetapkan. Aktiviti ini turut dilaksanakan dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit untuk khidmat nasihat.
Pengerusi aktiviti sukan ini adalah Encik Nicholas Bujang yang juga merupakan Pengarah Cawangan JANM Cawangan Kapit. Objektif larian maya ini adalah untuk menjadikan kegiatan riadah luar rumah dan sukan sebagai sebahagian daripada amalan. Di samping itu, ia dapat meningkatkan kesedaran tentang kepentingan gaya hidup sihat sekaligus meningkatkan produktiviti di tempat kerja.
Kesimpulannya, 2020 DIY Virtual Run dijalankan berdasarkan matlamat untuk mendedahkan orang ramai tentang kebaikan dan keseronokan mengikuti larian maya. Selain itu, aktiviti ini sangat bermanfaat untuk mencabar diri supaya terlibat dalam akitviti yang baik untuk kesihatan walaupun dalam kesibukan bekerja. Justeru, peserta berasa puas hati dapat mengamalkan gaya hidup sihat dan gembira beroleh hadiah atas pencapaian masing-masing.
Pada 20 Februari 2020, satu lawatan penanda aras EKSA dari JKP EKSA Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) Cawangan Sibu telah diadakan di JANM Cawangan Kapit. Lawatan ini disertai seramai 15 orang dan diketuai oleh Encik Johari bin Zainuddin selaku Timbalan Pengerusi JKP EKSA PUSAKA yang juga merupakan Penolong Pengurus Besar (Wilayah Tengah).
Objektif utama lawatan ini adalah untuk mencapai KPI sekaligus berkongsi ilmu baharu dan bertukar pendapat antara satu sama lain. Ini juga dapat memperkukuhkan lagi kepentingan mengamalkan budaya EKSA dalam sesuatu jabatan.
Lawatan ini diakhiri dengan pertukaran cenderahati dan gambar bersama sebagai kenangan.
Kelab Rekreasi JANM Cawangan Kapit (KESAN) telah mengadakan satu aktiviti senamrobik sempena Program Jom Kekal Sihat pada 14 Februari 2020 bertempat di perkarangan Wisma Persekutuan Kapit, Sarawak. Encik Hilary Putit anak Beti selaku Pengerusi KESAN telah menjemput semua jabatan dan orang awam untuk menjayakan program ini.
Bagi memeriahkan lagi program ini, KESAN telah menjemput Persatuan Kapit Tari untuk mengetuai aktiviti senamrobik ini. Aktiviti ini diharap dapat mengeratkan lagi hubungan antara jabatan di Wisma Persekutuan Kapit. Aktiviti senamrobik ini diakhiri oleh ucapan terima kasih dan penghargaan daripada Pengerusi kepada semua peserta yang telah turut serta dalam menjayakan program ini.
Pada 21 Januari 2020, Jawatankuasa Promosi EKSA DIY telah menganjurkan pertandingan mencipta sepanduk EKSA DIY terbuka kepada semua pegawai JANM Cawangan Kapit sempena Anugerah Kreativiti dan Inovasi tahun 2020.
Pertandingan ini menawarkan hadiah berupa piala pusingan dan wang tunai saguhati berjumlah RM50 untuk seorang pemenang. Seramai 10 penyertaan telah diterima bagi pertandingan ini. Objektif pertandingan ini adalah untuk menghasilkan sepanduk untuk digunakan bagi tujuan mempromosikan budaya EKSA DIY yang diamalkan oleh JANM Cawangan Kapit kepada jabatan lain.
Pertandingan ini berlangsung selama sebulan dan diadili oleh JKP EKSA DIY. Pemenang bagi pertandingan ini adalah Encik Azlan bin Mohamad yang telah mendapat markah tertinggi bagi hasil rekaan sepanduk beliau. Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diucapkan atas kemenangan ini.
Statistik Pelawat: 16740893 | Tarikh Kemaskini: 4/03/2021 |