Program Anjuran Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara yang diadakan pada 25 – 27 Julai 2019 bertempat di Dataran Sungai Korok, Jitra, Kedah. Penyertaan pejabat ini di dalam program tersebut adalah sebagai mendokong usaha dan inisiatif pihak kerajaan di dalam meningkatkan kesedaran dan kefahaman orang ramai tentang maklumat berkaitan Wang Tak Dituntut (WTD) sebagaimana tertakluk di bawah Akta Wang Tak Dituntut 1965. Sebanyak tiga (3) kaunter semakan dan satu (1) kaunter tuntutan bayaran balik WTD telah dibuka yang menawarkan kemudahan semakan status serta tatacara permohonan bayaran balik WTD secara terus kepada para pengunjung. Sebanyak 289 semakan status WTD telah dilakukan selama tiga (3) hari penyertaan ke atas ekspo ini.

 

WTD 1

 

WTD 2

 

WTD 3

 

WTD 4

 

 

image