Program ini telah berlangsung pada 24 Ogos 2019 di Tapak Penyelidikan Arkeologi Sungai Batu, Kedah. Penyertaan Pejabat ini di dalam program tersebut adalah sebagai mendokong usaha dan inisiatif pihak kerajaan di dalam meningkatkan kesedaran dan kefahaman orang ramai tentang maklumat berkaitan Wang Tak Dituntut (WTD) sebagaimana tertakluk di bawah Akta Wang Tak Dituntut 1965. Sebanyak tiga (3) kaunter semakan dan satu (1) kaunter penerangan WTD telah dibuka yang menawarkan kemudahan semakan status serta tatacara permohonan bayaran balik WTD secara terus kepada para pengunjung. Sebanyak 192 semakan status WTD telah dibuat pada hari tersebut.

 

WTD1

 

WTD2

 

WTD3

 

WTD5

 

image