Sesi Taklimat Strategik Jabatan Akauntan Negeri Malaysia (JANM) 2019-2023 Zon Utara telah diadakan pada 17 Februari 2020 yang bertempat di Bilik Seminar, JANM Negeri Kedah. Taklimat ini diadakan bagi memberi penerangan kepada semua warga mengenai hala tuju JANM dan Pelan Strategik yang telah disediakan. 

Taklimat ini dihadiri oleh En. Sadikin bin Aton, Timbalan Akauntan Negara (Korporat), En. Jafril bin Junit, Pengarah Bahagian Pembangunan Perakaunan & Pengurusan, pegawai-pegawai dari Ibu Pejabat JANM Putrajaya, serta Akauntan dan Pegawai Teknologi Maklumat yang berkhidmat di Zon Utara.

 

taklimat pelan strategik 1

 

taklimat pelan strategik 2

 

taklimat pelan strategik 3

image