Mesyuarat Agung KESAN Negeri Kedah telah diadakan pada 22 Mac 2016 di Auditorium, Zon B, Wisma Persekutuan Anak Bukit, Alor Setar, Kedah. Mesyuarat Agung pada kali ini telah dipengerusikan oleh Encik Annamalai A/L L.Singaram dan dihadiri oleh 98 orang ahli berbanding 104 orang ahli yang mendaftar. Mesyuarat pada kali ini juga melibatkan pembubaran Ahli Jawatankuasa (AJK) KESAN Negeri Kedah sesi 2013 – 2015 dan pelantikan AJK baru bagi sesi 2015 – 2017. Sebanyak 13 jawatan telah dipertandingkan melibatkan Naib Pengerusi, Setiausaha dan Penolong Setiausaha, Bendahari dan Penolong Bendahari, enam (6) Ketua Biro (Sukan, Rekreasi, Pendidikan & Bina Insan, Ekonomi, Hal Ehwal Wanita dan Perhubungan & Kebajikan). Senarai AJK baru bagi sesi 2015 – 2017 yang telah dilantik adalah seperti Jadual 1 di bawah. Menjadi harapan semua ahli agar AJK bagi sesi 2015 – 2017 yang telah dilantik dan diberi kepercayaan untuk menerajui KESAN Negeri Kedah dapat melaksanakan segala tanggungjawab dengan amanah dan penuh dedikasi serta mencapai objektif utama penubuhan KESAN.

 

Jadual 1 : Senarai Ahli Jawatankuasa KESAN Negeri Kedah sesi 2015 – 2017

 

Jawatan Nama
Naib Pengerusi Encik Mohd Amran bin Abdul Ghani
Setiausaha Puan Ruheila Afzan binti Musa
Naib Setiausaha Puan Zakiah Hufaidah binti Osman
Bendahari Encik Azmi bin Abdul Manaf
Penolong Bendahari Puan Koy A/P Akun
Biro Ekonomi Puan Raja Nor Kasmawati Elmi binti Raja Brahim
Biro Rekreasi Puan Norsafaliza binti Saad
Biro Hal Ehwal Wanita (HAWA) Puan Siti Norbaya binti Abdul Aziz
Biro Kebajikan & Perhubungan Puan Nur Azini binti Mohd Zaki
Biro Sukan Encik Mohd Fariz bin Omar
Biro Pendidikan & Bina Insan Encik Muhammad Khairul bin Abdullah
Juru Pemeriksa Kira-Kira Encik Mohd Harizal bin Mohamad Zain
Puan Tuminah binti Kamijan

 

Selaras dengan ketetapan agenda Mesyuarat Agung Kali Ke-17 ini, semua ketua Biro bagi sesi 2013 – 2015 telah membentangkan setiap aktiviti tahunan yang telah dilaksanakan dengan jayanya, manakala Penyata Kewangan Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2015 telah dibentangkan oleh Pengerusi KESAN. Beliau telah jelas menerangkan setiap transaksi kewangan berdasarkan laporan kewangan diaudit tersebut kepada semua ahli KESAN dan disahkan tanpa bantahan. Di samping itu, terdapat enam (6) usul telah dibahaskan di dalam Mesyuarat Agung pada kali ini. Masing-masing sebanyak tiga (3) usul diterima oleh majoriti ahli manakala tiga (3) usul selainnya telah ditolak. Keseluruhannya, Mesyuarat Agung KESAN pada kali ini telah dapat dilaksanakan dengan jayanya serta mencapai objektif yang telah digariskan.

 

 

image