Majlis Khatam Al-Quran JANM Negeri Sabah telah diadakan di Bilik Mesyuarat Tingkat 7 pada 30 Jun 2016 bersamaan dengan 25 Ramadhan 1437H. Seramai lebih 30 peserta JANM Negeri Sabah telah terlibat dalam majlis ini.

Pada majlis berkenaan Ustaz Arbaen bin Shawal daripada Jabatan Pendidikan Sabah telah dijemput bagi mengetuai majlis khatam tersebut. Ceramah agama telah disampaikan pada awal majlis dan disusuli dengan khatam Al-Quran daripada peserta-peserta bermula dengan Surah Ad-Dhuha sehingga surah An-Nas.

image