Setelah semakan dibuat, didapati pihak tuan/puan masih belum menghantar Laporan Penyata Penyesuaian bagi akaun bulanan yang telah disesuaikan (Sila rujuk LAMPIRAN A) seperti yang ditetapkan dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil. 8/87(Vot), Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil.18 Tahun 2001(Amanah), Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bil. 2 Tahun 1986(Hasil) dan Bil.3 Tahun 2014(Deposit Akaun Amanah).

 

Pihak tuan adalah dikehendaki menghantar Penyata Penyesuaian bertanda (X) yang tersenarai di lampiran A ke Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Negeri Sabah sebelum atau pada 07 DISEMBER 2015

 

Sebarang pertanyaan, sila berhubung terus dengan Pn. Noor Ain binti Abdullah (Penyesuaian Buku Vot Mengurus – C231B), Pn. Zabariah Lee Ah Sam (Penyesuaian Hasil – C330) dan Pn. Romizah Hj. Mohd. Yaccob (Penyesuaian Amanah – C350, Penyesuaian Vot Tanggungan – C230T, Pembangunan – C232P & PFI – C233S) di talian 088-324853.

 

Sekian, terima kasih.
Seksyen Akaun JANM Negeri Sabah

image