KKDS familyday 2015-34

 

7-18 Oktober 2015 – Bertempat di Beringgis Beach Resort & Spa, Kinarut Papar telah diadakan Program Hari Keluarga JANM Negeri Sabah Tahun 2015. Program ini anjuran Kelab Kebajikan Dan Sukan (KKDS) JANM Negeri Sabah yang tujuan untuk mengeratkan silaturahim sesama pegawai dan keluarga masing-masing.

 

Pelbagai acara dan permainan sukaneka telah diadakan pada hari tersebut. Selain daripada sukan Bola Sepak dan Bola Tampar Pantai Campuran, acara sukaneka kategori kanak-kanak dan keluarga juga diadakan seperti Misi Mengumpul Makanan, Pegang Bola “OUT”, Makan Epal Habis, Selamatkan Balon Di Kaki, Lari Berganti, Baling Telur Jarak Jauh dan UPAN AKU.

 

Pada malam program Hari Keluarga JANM Negeri Sabah 2015 ini, diadakan Majlis Makan Malam yang bertemakan “HAWAI BUNGA-BUNGA”. Pelbagai aktiviti telah diadakan pada majlis tersebut seperti Persembahan Berkumpulan, Lucky Draw dan Penyampaian Hadiah Keseluruhan.

 

a     7

 

6     2

 

1     r

image