KKDS familyday 2015-29

 

17 OKTOBER 2015 (Sabtu), 2.00 petang – Kelab Kebajikan dan Sukan (KKDS) JANM Negeri Sabah telah menjalankan program Lawatan dan Penyampaian Sumbangan kepada Rumah Kanak-Kanak Kota Kinabalu, Beringgis Papar.

 

KKDS familyday 2015-26

 

Program ini telah disertai oleh Pengarah JANM Negeri Sabah juga merangkap Pengerusi KKDS, Hajjah Tunganai Binti Datu Alang bersama lima puluh orang ahli KKDS termasuk ahli keluarga. Kedatangan rombongan ini disambut baik oleh pihak pengurusan dan lebih enam puluh penghuni rumah kanak-kanak tersebut.

 

Sumbangan berupa makanan tengahari, Baucar Buku, Buku Rujukan, alat permainan dan satu (1) unit alat penghawa dingin (1.5hp) diserahkan kepada penghuni rumah kanak-kanak tersebut. Antara penyumbang yang terlibat dalam program ini adalah Bank Rakyat, Pemuda UMNO Penampang, Syarikat Irfan Enterprise, Alliance bank dan Perpustakaan Negeri Sabah (Cawangan Penampang).

 

Antara objektif lawatan ini adalah merapatkan hubungan silaturrahim antara pihak pengurusan rumah kanak-kanak dengan ahli KKDS JANM Negeri Sabah di samping dapat melahirkan rasa kasih sayang sesama insan dengan penghuni rumah kanak-kanak tersebut.

 

Program lawatan ini tamat pada jam 4.00 petang, diharap program sebegini dapat diteruskan dan mendapat perhatian dan sokongan daripada orang ramai bagi merapatkan hubungan silaturrahim sesama insan.

 

KKDS familyday 2015-77     KKDS familyday 2015-4

 

KKDS familyday 2015-38

image