DSC_1355

 

JANM NEGERI SABAH,  29 September 2015 – Perhimpunan Bulanan JANM Negeri Sabah bagi bulan September 2015 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat 7, JANM Negeri Sabah Wisma Perindustrian Likas, Kota Kinabalu Sabah.

 

DSC_1377

 

Pengarah JANM Negeri Sabah, Puan Tunganai binti Datu Alang dalam ucapannya merakamkan ucapan tahniah kepada kakitangan-kakitanga yang hadir dan juga pegawai yang diraih sempena perhimpunan bulanan kali ini. Antara pegawai yang diraih adalah Puan Rupiah Puteh (bersara) dan Puan Rosalind E. Logijin (berpindah tempat bertugas).

 

Antara pengisian majlis perhimpunan bulanan ini adalah Persembahan Montaj untuk pegawai yang diraih, Slot IT:Penyelenggaraan Peralatan ICT melalui AGKK Sabah IT Helpdesk yang disampaikan oleh Encik Redzuan bin Sapin dan Slot Kriteria Pertandingan Kreatif EKSA yang disampaikan oleh Puan Naileh Liging.

 

Dalam majlis ini juga, kakitangan yang menyambut ulang tahun kelahiran pada bulan Julai, Ogos dan September turut diraihkan dengan penyampaian cenderahati berbentuk Mug Kreatif yang disampaikan oleh Pengarah JANM Negeri Sabah.

 

DSC_1359

 

DSC_1366

 

DSC_1362

 

DSC_1365

 

DSC_1374

 

image