SENARAI JABATAN/PTJ YANG TIDAK MENGHANTAR LAPORAN PENYATA PENYESUAIAN AKAUN BULANAN TAHUN 2015 SEPERTI PADA 19 OGOS 2015.

 

Perkara tersebut di atas adalah dirujuk.

 

 LAMPIRAN A ( JANUARI – JULAI 2015 )

 Muat Turun

 

Setelah semakan dibuat, didapati pihak tuan/puan masih belum menghantar Laporan Penyata Penyesuaian bagi akaun bulanan yang telah disesuaikan (Sila rujuk LAMPIRAN A) seperti yang ditetapkan dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil. 8/87(Vot), Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil.18 Tahun 2001(Amanah), Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bil. 2 Tahun 1986(Hasil) dan Bil.3 Tahun 2014(Deposit Akaun Amanah).

 

Pihak tuan adalah dikehendaki menghantar Penyata Penyesuaian bertanda (X) yang tersenarai di lampiran A ke Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Negeri Sabah sebelum atau pada 28 OGOS 2015. Kegagalan menghantar Laporan Penyata Penyesuaian dalam tempoh 7 hari dari tarikh surat ini dikeluarkan akan menyebabkan semua baucer bayaran Jabatan tuan/puan akan dikuiri.

 

Sila asingkan penyata penyesuaian mengikut jenis penyesuaian tersebut dengan menggunakan Borang Maklumbalas Laporan Penyesuaian (MLP) yang baru beserta surat iringan Jabatan.

 

Sebarang pertanyaan, sila berhubung terus dengan Pn. Noor Ain binti Abdullah (Penyesuaian Buku Vot Mengurus – C231B), Pn. Zabariah Lee Ah Sam (Penyesuaian Hasil – C330), di talian 088-324846 dan Pn. Romizah Hj. Mohd. Yaccob (Penyesuaian Amanah – C350, Penyesuaian Vot Tanggungan – C230T, Pembangunan – C232P & PFI – C233S) di talian 088-324847. Kerjasama tuan dalam perkara ini amatlah dihargai. Paparan ini boleh di muatturun dalam Buletin eSPKB, Buletin eTerimaan dan Portal Jabatan Akauntan Negara Malaysia Cawangan Negeri Sabah, Kota Kinabalu ( portalpp.anm.gov.my/kotakinabalu )

 

Sekian, terima kasih.

 

Seksyen Akaun JANM Negeri Sabah

 

image