raya 2015

 

JANM NEGERI SABAH, 7 Ogos 2015 – Warga Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri Sabah telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang diselajurkan dengan penyampaian Sumbangan Derma kepada Mangsa Gempa Bumi Ranau.

 

Majlis berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat 7, Bangunan Wisma Perindustrian Kota Kinabalu Sabah. Sumbangan Derma Mangsa Gempa Bumi Ranau ini disampaikna sendiri oleh Pengarah JANM Negeri Sabah iaitu Hajah Tunganai Binti Datu Alang kepada Pengerusi Malim Gunung dan wakil Malim Gunung selaku wakil penerima Dana.

 

Turut hadir ialah Pengarah-pengarah Cawangan JANM Zon Sabah dan Pegawai Pusat Tanggungjawab (PTJ) sekitar Kota Kinabalu. Majlis bertujuan untuk meraikan Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan mengeratkan lagi hubungan pertalian silaturrahim antara pegawai dan kakitangan JANM Negeri Sabah, PTJ dan jemputan yang hadir ke majlis tersebut.

 

Acara sambutan juga dimeriahkan dengan hidangan pelbagai tema masakan yang disediakan oleh setiap Seksyen dan Unit di JANM Negeri Sabah selain diserikan dengan aktiviti-aktiviti yang menghiburkan seperti Permintaan Lagu-lagu Raya di Konti ag.fm, Cabutan Nama Staf Bertuah dan lain-lain.

 

IMG_20150810_173426

 

IMG_20150810_173433

image