1

 

28 MEI 2015 – JANM Sabah telah berjaya mengadakan kursus Mengenal Diri Melalui Ujian Personaliti (Siri 2). Kursus ini telah disertai oleh pegawai JANM Negeri Sabah serta pegawai-pegawai JANM cawangan seperti Cawangan Labuan, Sandakan, Keningau dan Tawau.

 

2

 

Pengisian kursus ini adalah menjalankan sesi ujian psikologi melalui Ujian Personaliti. Melalui ujian psikologi ini, staf dapat memahami diri mereka secara saintifik mengikut pendekatan psikologi. Ia juga memberi pendedahan kepada staf mengenal diri dengan lebih baik ke arah mengoptimumkan potensi diri untuk bekerja dengan lebih berkesan dan efektif selain dapat meningkatkan keyakinan diri staf dalam usaha meningkatkan modal insan yang lebih tinggi.

 

image