Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara tersebut di atas dan surat edaran dengan rujukan ANM(P)SBH.1/352.Jld.3 (74) bertarikh 9 Disember 2014 adalah berkaitan.

 

2. Adalah dimaklumkan bahawa pihak kami telah mendapat laporan berlaku ketirisan dalam pengurusan wang awam disebabkan kelonggaran kawalan terhadap prosedur permohonan membuka sekatan PIN (Personal Identification Number) Kad Pintar dan Sijil Digital Token. Hal sebegini merupakan satu kesalahan dan melanggar peraturan di bawah Akta Tandatangan Digital 1997 dan Arahan Perbendaharaan 70(c).

 

3. Sehubungan dengan itu, bagi menjaga dan mengawal tahap keselamatan penggunaan Kad Pintar dan Sijil Digital Token sebagai salah satu Prasarana Kekunci Awam Kerajaan (Government Public Key Infrustructure), jabatan ini membuat ketetapan bahawa permohonan membuka sekatan Kad Pintar dan Token hanya boleh dihantar dan diambil semula oleh pemilik itu sendiri. Sebarang perwakilan kuasa bagi tujuan ini adalah tidak dibenarkan.

 

Surat Edaran Proses Unblock Kad DanToken

 

Sekian dan terima kasih.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
‘Inovasi & Integriti Merealisasi Perakaunan Akruan’

 

Saya yang menurut perintah,

 

NORLILAH BINTI MOSTEM C.A(M)
Penolong Pengarah
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Negeri Sabah
Tel : 088-324830 (Pejabat) 013-8787781 (H/p)
Faks : 088-210828

 

image