Adalah dimaklumkan bahawa Pejabat Perakaunan Jabatan Akauntan Negara Malaysia( JANM) Negeri Sabah merupakan Sub Admin (SA) bagi Prasarana Kekunci Awam Kerajaan (GPKI- Government Public Key lnfrastructure) yang bertanggungjawab dalam pengurusan sijil digital pengguna bagi Pusat Tanggungjawab (PTJ) di bawah JANM Negeri Sabah.

 

Sebagai SA, JANM Negeri Sabah juga bertanggungjawab untuk membuka sekatan (unblock) token bagi pengguna PTJ di bawah kendalian kami. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama semua pengguna dan Authorised Personnel (AP) di PTJ untuk mengambil perhatian berkenaan prosedur permohonan unblock token seperti berikut:

 

i. Pengguna melaporkan sekatan token kepada AP di PTJ.
i i . AP di PTJ membuat permohonan SO PIN bagi token yang disekat melalui Portal GPKI.
iii. Token yang disekat dihantar kepada SA bersama-sama SO PIN yang telah diperoleh melalui Borang Permohonan Unblock Token (seperti Borang ANM.SBH.GPKI.01 yang dilampirkan)

 

Sila rujuk lampiran yang disertakan untuk keterangan lanjut.

 

 1.  BORANG PERMOHONAN UNBLOCK TOKEN

 Muat Turun

 2.  TATACARA BUKA SEKATAN TOKEN

 Muat Turun

 3.  SURAT PROSUDER PERMOHONAN MEMBUKA SEKATAN TOKEN

 Muat Turun

 

Sekian, terima kasih.

image