Semua pembayaran yang tidak dapat diselesaikan pada tahun 2014 hendaklah dibayar di bawah AP58(a). Prosedur pembayaran adalah seperti berikut:

 

1. Sila pastikan Sijil AP58(a) diisi dengan lengkap seperti berikut:

 

a) Sila lengkapkan kod vot, jabatan, PTJ, Program/Aktiviti dengan betul.

 

b) Sila catatkan tarikh, nombor telefon/faks dan tuntutan bagi bulan berkaitan.

 

c) Sila catatkan objek sebagai yang hendak dibuat pembayaran.

 

d) Sila catatkan baki peruntukan dan amaun perbelanjaan dalam baucar bagi tahun lalu dan tahun semasa serta catatkan baki peruntukan setelah ditolak amaun dalam baucar.

 

e) Sila nyatakan sebab-sebab kelewatan mengemukakan tuntutan untuk pembayaran.

 

f) Sila nyatakan nama pegawai bertanggungjawab ke atas kelewatan pembayaran.

 

g) Pastikan pengesahan oleh Ketua Jabatan diperolehi sebelum Sijil AP58(a) dihantar ke Pejabat Pembayar.

 

2. Dokumen sokongan untuk dibuat pembayaran dikemukakan dalam bentuk dokumen yang asal.

 

3. Sila catatkan nombor siri AP58(a) tersebut di senarai semak bagi PTJ yang membuat pembayaran melalui eSPKB.

 

Klik pada pautan ini untuk muat turun borang :

 

 Muat Turun

 

Seksyen Bayaran JANM Negeri Sabah

 

image