Kepada semua PTJ KPM,

 

Seperti tuan/puan sedia maklum, Surat Pekeliling Bahagian Akaun Bil 1 Tahun 2014 menyatakan semua pembayaran bagi tahun 2014 mestilah dijelaskan sebelum 31.12.2014 dan tarikh akhir bayaran dikemukakan kepada Pejabat Perakaunan ialah 22.12.2014 bagi baucar manual, 24.12.2014 bagi baucar eSPKB dan 26.12.2014 bagi baucar kuiri.

 

Sehubungan itu, bagi mengelakkan jumlah yang tinggi dibayar di bawah AP58(a) dan menjejaskan peruntukan tahun 2015, Pegawai Pengawal telah memutuskan pada 18/12/2014 supaya semua PTJ KPM membuat bayaran bagi perkhidmatan yang telah disempurnakan dan bekalan yang diterima sehingga 15 Disember 2014 terlebih dahulu pada tahun ini juga. Dengan cara ini, baki peruntukan tahun ini dapat dimanfaatkan dan bayaran di bawah AP58(a) dapat dikurangkan.

 

Sekian, terima kasih.

 

Bahagian Akaun,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

image