Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

 

2. Adalah dimaklumkan bahawa pihak KWSP TIDAK AKAN MENERIMA sebarang penghantaran Borang A yang dicetak secara manual MULAI JANUARI 2015. Sekiranya didapati tuan/puan masih menggunakan Borang A manual, pihak KWSP tidak teragak-agak untuk menolak pembayaran caruman tersebut dan majikan yang gagal membayar caruman bulanan pekerja akan dikenakan denda dibawah Seksyen 43 (2) Akta KWSP 1991.

 

3. Oleh yang demikian pihak Y.Bhg. Datuk/Tuan/Puan adalah diminta untuk menggunakan saluran penghantaran Borang A secara online melalui kemudahan e-Caruman sekiranya terdapat pekerja yang masih menggunakan Borang A secara manual yang dibayar menggunakan Baucar Berasingan (K6) iaitu Baucar Berasingan Pendapatan Bercukai bagi pegawai tetap dan Baucar Gaji Selain Kakitangan Tetap bagi pekerja Kontrak/ Sambilan Harian. Bersama-sama ini dilampirkan dokumen berikut untuk makluman dan rujukan tuan/puan;

 

3.1 Notis Makluman Pemberhentian
3.2 Borang Pendaftaran & Pengemaskinian Maklumat iAkaun
3.3 Risalah_BM_Final Sistem eCaruman KWSP

 

4. Perhatian dan kerjasama Y.Bhg. Datuk/Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai.

 

Sekian.

image