Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

 

Dimaklumkan bahawa Imbuhan Tahunan, Bayaran Khas Prestasi dan Bayaran Khas Contract For Service Bagi Tahun 2014 akan dibayar bersekali dengan gaji melalui Sistem Gaji Berkomputer pada 22 Januari 2015. Pembayaran dibuat kepada semua Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang layak dibawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2014, Surat Kementerian Kewangan bernombor rujukan KK/BP/DS(S) 10/79/28(S.K.1/2014)(7) bertarikh 26 November 2014 dan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 11 Tahun 2014 sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM500.00.

 

Sehubungan itu, pihak Y.Bhg. Datuk/Tuan/Puan adalah dikehendaki untuk membuat semakan dan pengesahan ke atas Laporan Perkiraan Bonus yang boleh diperolehi di Kaunter Tingkat 6, JANM Negeri Sabah MULAI 19 DISEMBER 2014 (JUMAAT) ini. Pihak Y.Bhg. Datuk/Tuan/Puan hendaklah mengemukakan semula laporan tersebut kepada pegawai Seksyen Gaji jabatan ini SEBELUM ATAU PADA 5 JANUARI 2015 (ISNIN) untuk dikunci masuk ke dalam sistem. Adalah menjadi tanggungjawab Y.Bhg. Datuk/Tuan/Puan membuat semakan dengan teliti kerana bayaran imbuhan ini adalah dibayar secara pro-rata (proportionate) berdasarkan bilangan hari yang layak tertakluk kepada syarat bahawa pegawai telah berkhidmat sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut dalam tempoh 1 Januari 2014 hingga 31 Disember 2014.

 

 1.  Pekeliling Perkhidmatan Bil.6 Tahun 2014

 Muat Turun

 2.  Surat Edaran Tatacara Bayaran Bonus 2014

 Muat Turun

 3.  Surat MOF Bonus Bagi CFS Tahun 2014

 Muat Turun

 4.  Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bil 11 Tahun 2014

 Muat Turun

 

Perhatian dan kerjasama pihak Y.Bhg. Datuk/Tuan/Puan amat dihargai. Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan, sila berhubung dengan pegawai berikut;

 

Pegawai Bertanggungjawab No. Telefon
Pn Norlilah Binti Mostem 088-324830
En Cornelius Majakum 088-324831
Cik Rozita Binti Matusin 088-324832
Pn Evelyntina @ Fazliya Binti Musa 088-324832

 

Sekian, terima kasih.

 

image