Pesta Sukan Zon JANM 2014 telah diadakan pada 16-19 Oktober 2014 di Institut Perakaunan Negara (IPN), Sabak Bernam. Pesta sukan ini telah berlangsung dengan jayanya dengan disertai oleh tujuh (7) Zon iaitu Zon Timur, Ibu Pejabat, Zon Tengah, Zon Selatan, Zon Utara, Zon Sarawak dan Zon Sabah.

 

Acara yang dipertandingkan dalam sukan ini adalah seperti acara Congkak, Dam, Dart, Pinpong, Badminton, Bola Tampar (lelaki/wanita), Bola Sepak, Bola Jaring dan Perbarisan. Secara keseluruhannya, Zon Sabah telah mendapat tempat Naib Johan.

 

Antara pencapaian Zon Sabah dalam pesta sukan ini adalah Johan bagi Bola Tampar Lelaki, Bola Tampar Wanita, Badminton, Pebarisan. Naib Johan pula adalah Bola Jaring. Manakala tempat Ke-3 adalah acara Pinpong.

 

Seluruh warga JANM Negeri Sabah mengucapkan syabas dan tahniah kepada kontingen Sukan Zon Sabah 2014.

 

   

 

   

 

image