15 Ogos 2014 (Jumaat) – Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri Sabah telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 19 Syawal 1435H bertempat di Tingkat 7, JANM Negeri Sabah, Wisma Perindustrian, Kota Kinabalu.

 

Majlis ini diadakan bagi menikmati pelbagai juadah enak yang disediakan di samping dapat bertemu mesra serta mengeratkan silaturahim dan bermaaf-maafan sempena Aidilfitri dikalangan pegawai dijabatan ini selain daripada tetamu yang hadir ke majlis ini.

 

Majlis yang bertemakan “Lentera Aidilfitri di KONTI AG.FM” ini, disambut dengan meriah sekali dan bersesuaian dengan suasana hari raya dengan lagu-lagu raya yang dikumandangkan oleh deejay yang bertugas. “Kiriman Lagu Permintaan”, “Karaoke Raya” dan “Suka-Suka Raya” adalah aktiviti mengisi slot di konti tersebut. Majlis ini juga diserikan dengan Pertandingan “Gerai Raya Terbaik” yang disertai oleh 07 Seksyen di jabatan ini disamping aktiviti pencarian “King & Queen Raya 2014″.

 

   

 

   

 

   

 

   

 

 

image