14 Julai 2014- Majlis Khatam Al-Quran telah diadakan di Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri Sabah bersamaan 16 Ramadhan 1435H. Seramai lebih 40 orang peserta yang terlibat dalam menyertai program berkenaan yang terdiri daripada kakitangan JANM Negeri Sabah. Program Tazkirah dan Tadarus Al-Quran bersempena dengan bulan Ramadhan Al Mubarak ini telah lama diamalkan di jabatan ini dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

 

Pada majlis berkenaan Ustaz Norjeli Bin Haji Dais, Timbalan Pengarah JAKIM Cawangan Sabah telah dijemput untuk mengetuai majlis berkenaan. Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al Quran daripada peserta-peserta bermula dengan Surah Ad-Dhuha sehingga surah An-Nas.

 

   

 

   

 

image