24 Mac 2014 – Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri Sabah menjadi tuan rumah bagi mengendalikan Majlis Makan Malam sempena Mesyuarat Pengarah Dan Ketua Akauntan (MPKA) Pejabat Perakaunan bagi Bil 1/2014.

 

Majlis yang bermula jam 8.00 malam ini telah diserikan dengan pelbagai persembahan yang menarik dan mempersonakan. Antaranya adalah persembahan daripada ahli kebudayaan JKN Sabah dan diselitkan dengan pelbagai Persembahan Nyanyian daripada pegawai JANM Negeri Sabah/cawangan/ibupejabat, diiringan oleh pemuzik daripada Kumpulan Imagine (kumpulan band JANM Negeri Sabah sendiri).

 

Tahniah diucapkan kepada JANM Negeri Sabah kerana telah berjaya menganjurkan majlis tersebut dengan lancar dan menghiburkan. Majlis tersebut telah tamat pada jam 10.30 malam.

 

 

 

DSC_9531DSC_9583DSC_9598DSC_9657DSC_9570


DSC_9663


DSC_9558

 

image