Pada 25/09/2019 hingga 26/09/2019, Jabatan Akauntan Negara Malaysia Cawangan Kapit telah mengadakan Bengkel Pelaksanaan dan Pemakaian SPANM Bil. 3 & 4 Tahun 2019 yang bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Song No. 2, Song.

Bengkel tersebut disempurnakan oleh 2 orang penceramah iaitu Encik Nicholas Bujang merupakan Pengarah Cawangan JANM Caw. Kapit dan Timbalan Pengarah JANM Caw. Kapit, Encik Canisius Duki.

Bengkel itu telah dihadiri oleh 44 orang peserta di kalangan kakitangan awam dengan jayanya. Ketika bengkel tersebut berlangsung, aktiviti pembentangan secara berkumpulan juga diadakan untuk memudahkan peserta-peserta supaya dapat memahami dengan mudah serta memberi pendedahan berkenaan dengan pelaksanaan dan pemakaian SPANM agar objektif bengkel tersebut dapat dicapai.

Sebagai penutup, pihak Jabatan Akauntan Negara Malaysia Cawangan Kapit ingin mengucapkan terima kasih kepada peserta-peserta yang menghadiri bengkel tersebut dan bantuan daripada beberapa urusetia untuk melancarkan bengkel itu selama dua hari.

 

                                IMG 20190926 091149  IMG 20190925 145644 IMG 20190925 093908

                              IMG 20190925 153039 IMG 20190926 092351 IMG 20190926 111554 

                             IMG 20190926 120455 IMG 20190926 125806

 

image