KAJIAN KEBERKESANAN PERKHIDMATAN JANM NEGERI/ CAWANGAN

Dengan hormatnya Buletin eSPKB pada 15 Mac 2016 berkaitan perkara ini adalah dirujuk.

2. Setakat 30 Mac 2016, didapati masih terdapat PTJ-PTJ di bawah seliaan JANM Negeri Sarawak yang belum mengisi kajian tersebut di atas.

3. Kerjasama dan tindakan SEGERA semua PTJ, Pejabat Pemungut dan Pusat Gaji adalah dipohon untuk menjawab Kajian Keberkesanan ini. Kajian Keberkesanan Perkhidmatan boleh dibuat melalui link seperti berikut:​

http://goo.gl/forms/eWLyP5FEOH

4. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap keberkesanan perkhidmatan JANM Negeri/ Cawangan serta cadangan penambahbaikan yang bersesuaian dapat dilaksanakan bagi meningkatkan tahap perkhidmatan.

5. Kerjasama tuan/ puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Seksyen Pengurusan

JANM Negeri Sarawak

image