Semua PTJ di bawah seliaan JANM Sarawak

JANM Negeri Sarawak sebagai mewakili JANM seluruh Malaysia sedang menyediakan Kertas Kerja bagi Kajian Kes Waran Perjalanan Udara Awam(WPUA) bagi bertujuan untuk menambahbaik WPUA yang digunapakai oleh semua PTJ di seluruh Malaysia.

 

Dengan ini dipohon jabatan Dato/Datin/Tuan/Puan untuk mengisi soal selidik yang dikepilkan bersama agar maklumat/isu yang dibangkitkan adalah lebih tepat dan menyeluruh. Setiap PTJ wajib mengisi 1 soal selidik sahaja dan perlu dihantar sebelum jam 5.00 petang 29 Februari 2016 (Isnin) ke alamat email Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau melalui faks ke 082-256991.

 

Klik disini untuk pautan borang soal selidik

Sekiranya terdapat kemusyikalan, bolehlah berhubung dengan pegawai kami Pn Siti Zainab binti Ismail atau Cik Chuay Chia Hui di talian 082-254144.

 

Sekian, terima kasih.

Siti Zainab binti Ismail

KPP(Operasi)

image