PERLAKSANAAN EKSA

 

LOGO-5S1-e1350280845394

Lambang‘Globe’ Bumi

Bumi melambangkan gelombang dunia sekarang mementingkan amalan EKSA di mana mereka menerapkan amalan-amalan seperti kebersihan dan suasana yang teratur dan harmoni.

Lambang separa bulat (Angin)

Melambangkan semua staf bersatu hati dalam melaksanakan amalan EKSA dan mempraktikkan amalan tersebut secara berterusan dan melaksanakan dengan cepat dan berkualiti. Simbolik kepada kepekaan pegawai terhadap perubahan.

Logo JANM

Menandakan warga JANM sekarang telah terlibat sepenuhnya dengan amalan EKSA.

5 Jalur

Mewakili 5 zon iaitu Zon Mulu, Zon K2, Zon Kilimanjaro, Zon Everest dan Zon Kinabalu.

Ia juga melambangkan Amalan 5S iaitu Sisih, Sapu, Susun, Seragam dan Sentiasa Amal.

Warna Kuning

Melambangkan warga JANM yang sentiasa komited dengan tanggungjawab yang telah telah di amanahkan.

Warna Merah

Semangat membara warga JANM yang tidak mengenal erti jemu dan sentiasa bersiap sedia menerima pembaharuan untuk meningkatkan produktiviti, kualiti dan semangat berdaya saing selaras dengan motto iaitu memacu amalan 5S yang berkualiti.

Warna Biru

Melambangkan perpaduan, mengeratkan silatulrahim, memantapkan sifat toleransi antara warga JANM.

Warna Putih

Melambangkan kebersihan, ketulusan hati untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab.

image