Tuan /Puan,

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita bersama-sama ini dilampirkan senarai PTJ eSPKB yang telah menerima Sijil Naziran Bersih Tahun 2013 untuk makluman tuan/puan jua. Sijil Naziran Bersih diberikan bertujuan untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada PTJ yang telah menunjukkan pencapaian cemerlang di dalam mematuhi tatacara dan peraturan pelaksanaan eSPKB di jabatan tuan/puan. Antara penilaian yang dibuat termasuklah pematuhan ke atas tatacara prosesan baucar eSPKB, pengurusan waran peruntukan dan pengurusan waran udara pukal amnya.

3. Bagi pihak Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Sarawak, Unit Naziran mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama jabatan tuan/puan sepanjang pelaksanaan naziran pada 2013 yang lalu. Semoga jabatan tuan dapat mengekalkan kecemerlangan ini pada masa akan datang.

Sekian, terima kasih.

Unit Naziran, JANM Negeri Sarawak

Senarai PTJ Menerima Sijil Naziran Bersih 2013.

image