MEI 2018

1. MESYUARAT AGONG KELAB KESAN BIL 1/2018

Mesyuarat Agong Bagi Kelab Kesan telah diadakan pada 24 Mei 2018. Agenda utama adalah untuk pemilihan ahli Jawatankuasa Kelab yang baru bagi menggantikan sesi 2015-2017. 

 

OGOS 2018

1. PERTANDINGAN INOVASI BERASASKAN KERUSI ROSAK

Ahli Jawatankuasa Latihan EKSA telah mengadakan Pertandingan Inovasi Berasaskan Kerusi Rosak yang diadakan bermula pada 03 Ogos sehingga 31 Ogos. Sebanyak tujuh (7) kumpulan telah dibahagi dan dibekalkan dengan kerusi yang telah dilupuskan. Pembentangan hasil inovasi adalah pada 30 Ogos 2018. 

 

SEPTEMBER 2018  

1. KURSUS MODUL HCM BAGI PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH (PPD) LIMBANG

Kursus ini telah diadakan selama dua (2) hari iaitu pada 25 - 26 September 2018 di Makmal JANM Cawangan Limbang. Seramai 35 orang peserta yang terdiri daripada pembantu tadbir (P/O) bagi pusat Kos PTJ Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Limbang . Tenaga pengajar adalah terdiri daripada pegawai kewangan PPD Limbang.

 

2. PENYAMPAIAN HADIAH BAGI PERTANDINGAN INOVASI SEMPENA HARI KEMERDEKAAN.

Pada 28 September 2018, penyampaian hadiah bagi Pertandingan Inovasi telah disampaikan oleh Pengarah Cawangan, Encik Zakaria Bin Mohamed.

 

3. TEAM BUILDING TAHUN 2018

Kursus Team Building JANM Limbang telah diadakan bermula pada 28 sehingga 30 September bertempat di Eco Park Penawan Lawas. Seramai 25 orang peserta terdiri daripada kakitangan JANM Cawangan Limbang. 

 

OKTOBER 2018

1. KURSUS HCM BAGI PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH (PPD) LAWAS 

Kursus ini telah diadakan selama dua (2) hari iaitu pada 2 dan 3 Oktober 2018 di Makmal JANM Cawangan Limbang. Seramai 33 orang peserta yang terdiri daripada pembantu tadbir (P/O) bagi pusat Kos PTJ Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Lawas. Tenaga pengajar adalah terdiri daripada pegawai kewangan PPD Lawas.

 

 

 Kemaskini : 03 Oktober 2018

image