Assalammualaikum dan Salam 1Malaysia,

Untuk makluman, Jabatan Akauntan Negara Malaysia Cawangan Limbang telah menyertai Pertandingan Perbarisan Sempena Hari Kebangsaan 2015 Peringkat Negeri Sarawak pada 31 Ogos 2015 di Kompleks Sukan Limbang. Kontigen ini terdiri daripada gabungan tiga (3) Jabatan iaitu Jabatan Akauntan Negara Malaysia Cawangan Limbang, Jabatan Perbendaharaan Bahagian Limbang dan Pejabat Pos Limbang seramai 45 orang peserta. Tahniah diucapkan kepada kontigen ini kerana telah berjaya meraih naib johan dalam Kategori Jabatan Kerajaan dan menerima piala beserta wang tunai. Terima kasih di atas penglibatan para peserta dari gabungan tiga (3) jabatan ini.

IMG-20150831-WA0007-e1441335736600

IMG-20150831-WA0014-e1441335756732

IMG-20150831-WA0021-e1441331684726

image