Assalammualaikum dan Salam 1Malaysia,

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Adalah dimaklumkan BPTM telah memutuskan untuk melakukan pembersihan data ke atas Sistem ePenyata Gaji dan Laporan (eSPGL) dan menyimpan data mengikut tempoh yang ditetapkan seperti Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 3 Tahun 2010 para 4.1 yang menyatakan Penyata Gaji Bulanan hanya akan disimpan di dalam eSPGL untuk tempoh 18 bulan sahaja manakala Laporan Bulanan Pejabat Perakaunan (Laporan gaji dan Laporan C) pula akan disimpan untuk tempoh 4 bulan.
3. Oleh itu, mohon kepada Pusat Tanggungjawab (PTJ) agar dapat memastikan data dimuat turun bagi Penyata Gaji Bulanan dan Laporan Bulanan Pejabat Perakaunan yang dikehendaki dan disimpan secara softcopy atau hardcopy sebelum aktiviti pembersihan data yang dijadualkan mulai 5 Oktober 2015.
4. Sila berhubung dengan pegawai di jabatan ini iaitu Encik Belun Ak Baie di talian 085212355 sekiranya terdapat sebarang pertanyaan.
Segala perhatian dan kerjasama yang diberikan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

image