Kursus Pengurusan Aset Alih dan Stor Kerajaan (Zon Timur) telah berjaya dianjurkan oleh JANM Negeri Pahang dengan usahasama Pihak IPN. Kursus telah diadakan di Dewan Seminar Darul Makmur Lodge, Kuantan pada 13 hingga 16 Mac 2017 dan telah disertai oleh 26 peserta dari pelbagai Jabatan. Penceramah jemputan yang menjayakan kursus selama empat (4) hari adalah terdiri dari pegawai-pegawai dari Kementerian Kewangan Malaysia iaitu Encik Sairol Anuar bin Ibrahim dan Encik Muhammad Sohimi bin Harun yang berpengalaman dalam bidang pengurusan aset serta Cik Nabilah binti Mohd Nasirudin dari  Bahagian Pengurusan Audit Dalam (BPAD) yang  berpengalaman  pemusnahan  rekod. Objektif penganjuran kursus ini adalah bagi memberi lebih pengetahuan dan kefahaman tentang  pengurusan aset alih dan stor kerajaan serta kaedah pemusnahan rekod  yang betul  melalui perkongsian ilmu sesama peserta dan penceramah. 

7 1 7 2 7 3

 

                             7 4  7 5

image