Pada 11 Julai 2017 (selasa), Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri Pahang mengadakan Kursus Pengurusan Harta Pusaka dan Wasiat pada jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Gunasama, Tingkat 10, Wisma Persekutuan, Jalan Gambut, 25000 Kuantan, Pahang. Peserta seramai 43 orang terdiri daripada kakitangan Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Pahang sendiri.

JANM Negeri Pahang telah menjemput penceramah dari Amanah Raya Berhad, iaitu Puan Nur Aida binti Wan Mohammad (Eksekutif Kanan), Puan Shazlina binti Mohd Salim (Pegawai Tadbir) dan Encik Faizul bin Husin (Eksekutif). Tujuan kursus ini diadakan untuk memberi kefahaman kepada pegawai-pegawai mengenai tatacara pengurusan harta pusaka dan wasiat dengan lebih jelas dan terperinci. Selain itu, dapat memberikan output yang terbaik dalam memastikan pencapaian dari aspek yang melibatkan pengurusan harta dan wasiat orang Islam dapat direalisasikan

 

image